Langkau ke kandungan
Sunni Islam Panduan, alat ibadah dan sumber sahih

Surah 104 · Makkiyah · 9 Ayat

Surah Al-Humazah

Pengumpat

سورة الهمزة
Dengar berterusan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. 1

    وَيْلٌۭ لِّكُلِّ هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ

    Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

  2. 2

    ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ

    Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

  3. 3

    يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ

    Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

  4. 4

    كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ

    Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

  5. 5

    وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

  6. 6

    نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ

    (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

  7. 7

    ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ

    Yang naik menjulang ke hati;

  8. 8

    إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌۭ

    Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

  9. 9

    فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ

    (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Arab: teks Uthmani Tanzil. Terjemahan dan audio melalui perkhidmatan percuma Al Quran Cloud / Islamic Network. Tafsir melalui Tafsir API terbuka.