Langkau ke kandungan
Sunni Islam Panduan, alat ibadah dan sumber sahih

Surah 1 · Makkiyah · 7 Ayat

Surah Al-Fatihah

Pembukaan

سورة الفاتحة
Dengar berterusan
  1. 1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  2. 2

    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

  3. 3

    ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  4. 4

    مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

    Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

  5. 5

    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

    Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

  6. 6

    ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

    Tunjukilah kami jalan yang lurus.

  7. 7

    صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Arab: teks Uthmani Tanzil. Terjemahan dan audio melalui perkhidmatan percuma Al Quran Cloud / Islamic Network. Tafsir melalui Tafsir API terbuka.